Sidang Kemuncak ASEAN: Kerajaan digesa pantau individu dua kerakyatan

Sidang Kemuncak ASEAN: Kerajaan digesa pantau individu dua kerakyatan

asean
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan digesa supaya mempertingkatkan langkah kawalan dan pemantauan keselamatan terhadap individu yang memiliki dua kerakyatan.

Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) berkata, langkah tersebut perlu dilaksanakan khususnya mereka yang dijangka tiba di Malaysia minggu ini sempena Sidang Kemuncak ASEAN termasuk dalam kalangan rombongan yang mengiringi Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Katanya, CENTHRA bimbang kemungkinan kehadiran warga Israel yang berselindung di sebalik identiti kewarganegaraan kedua untuk memasuki Malaysia melalui saluran diplomatik atau delegasi rasmi.

“Tindakan sebegini boleh menjejaskan keselamatan negara, menggugat kedaulatan Malaysia, dan bercanggah dengan dasar luar negara yang tegas menyokong hak rakyat Palestin.

“CENTHRA berpandangan bahawa adalah wajar dan perlu bagi pihak berkuasa menjelaskan tatacara saringan keselamatan yang sedang dilaksanakan terhadap individu berstatus sedemikian. 

“Langkah ini penting bagi memastikan Malaysia tidak menjadi tempat perlindungan kepada mana-mana pihak yang terlibat, merancang, memudahkan, atau bersubahat dalam pelaksanaan jenayah genosid di Wilayah Palestin yang diduduki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, CENTHRA menyeru semua Ahli Parlimen Malaysia terus berpegang teguh kepada prinsip keadilan antarabangsa dan tanggungjawab moral terhadap keamanan sejagat dengan menyokong langkah menolak kemasukan mana-mana individu yang disyaki terlibat dalam jenayah perang atau genosid. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN