Penyertaan Timor-Leste kukuhkan ASEAN

Penyertaan Timor-Leste kukuhkan ASEAN

MOHAMAD Hasan (baris depan, tengah) bersama Menteri-Menteri Luar dan Ekonomi ASEAN di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.-UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyertaan Timor-Leste dalam ASEAN pen­ting agar negara tersebut menjadi sebahagian daripada keluarga serantau yang lebih besar dan kukuh bersama.

Menteri Hal Ehwal Luar dan Kerjasama Timor-Leste, Bendito Freitas berkata, perkara tersebut adalah satu detik bersejarah bagi mereka.

“Ia merupakan detik bersejarah bagi Timor-Leste kerana akhirnya kami menyertai ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 esok.

“Kami amat menghargai sokongan daripada Malaysia selaku pengerusi serta negara-negara lain,” katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Bersama Menteri-Menteri Luar dan Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini semalam.

Menurutnya, adalah sangat penting bagi Timor-Leste untuk ‘satu suara’ dan menjadi sebahagian daripada keluarga serantau yang lebih besar.

“Langkah itu agar kita dapat menjadi lebih kuat dan bangkit bersama,” ujarnya.

Terdahulu, Bendito telah menyerahkan Instrumen Penyertaan Timor-Leste kepada Piagam ASEAN, sekali gus membuka jalan bagi kemasukannya sebagai anggota rasmi dalam kumpulan serantau itu.

Dokumen rasmi itu ditandatangani sebagai sebahagian dari­pada proses untuk menjadi ahli rasmi ASEAN yang bermakna negara tersebut bersetuju untuk mematuhi Piagam ASEAN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN