PARLIMEN: Dewan Rakyat tegang, ungkit isu menantu Muhyidin

PARLIMEN: Dewan Rakyat tegang, ungkit isu menantu Muhyidin

MUHAMMAD Adlan Berhan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suasana Dewan Rakyat hari ini menjadi tegang seketika apabila isu berkaitan menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan hidup mewah di Asia Barat dibangkitkan semasa perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026.

Kejadian itu berlaku apabila Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mencelah perbahasan Muhyiddin dan menyatakan hasrat untuk menekankan isu kemiskinan rakyat, sambil memetik laporan media mengenai gaya hidup mewah ahli perniagaan, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, yang juga menantu bekas Perdana Menteri itu.

“Ada yang hidup mewah, lari ke luar negara, main golf dekat Asia Barat, main golf dekat sana. Didakwa rasuah, anak menantu Pagoh,” kata Poay Tiong.

Tindakan Ahli Parlimen DAP itu menimbulkan kemarahan beberapa Ahli Parlimen pembangkang sebelum Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau mengarahkan beliau duduk kerana tidak diberikan laluan oleh Muhyiddin.

Yang Berhormat Kota Melaka, sila duduk. Amaran pertama,” tegas Lau sebelum membenarkan Muhyiddin meneruskan perbahasannya di Dewan Rakyat.

Muhammad Adlan kini dikehendaki oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menghadapi pertuduhan pecah amanah.

Sebelum ini, beberapa laporan media dan gambar menunjukkan beliau menjalani kehidupan mewah bersama beberapa kenamaan di Asia Barat, termasuk kelihatan potret seorang pemimpin negara berkenaan.

Sumber mendakwa Muhammad Adlan kerap melakukan perjalanan ke negara berkenaan, termasuk ke Thailand, bagi aktiviti golf dan mengunjungi lapang sasar menembak, menunjukkan gaya hidup yang jauh berbeza dengan keadaan rakyat biasa di negara ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×