Lelaki Tajikistan ugut pegawai kedutaan ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki Tajikistan ugut pegawai kedutaan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan lelaki warga Tajikistan selesai melakukan ugutan ke atas pekerja kedutaan negara itu di sekitar Ampang dekat sini pada 8 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerimq laporan daripada pegawai kedutaan warga Tajikistan awal tahun ini mengenai kebadiran suspek l ke pejabat kedutaan negara terbabit untuk menuntut pasport baharu.

Menurutnya, suspek berusia 27 tahun tersebut enggan mengikut prosedur dan menjerit serta cuba memasuki premis tanpa kebenaran.

“Suspek bertindak berkeliaran pada waktu malam di kawasan kedutaan, membuat panggilan telefon menggunakan kata-kata kesat dan membuat ugutan lisan.

“Malah suspek turut menghantar mesej untuk membunuh diri di hadapan kedutaan sekiranya tuntutannya tidak dipenuhi.

“Suspek juga telah memuat naik video yang berunsurkan tomahan terhadap pihak berkuasa Tajikistan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Susulan itu, Mohd l. Azam berkata, suspek ditahan pada 11.20 pagi, 8 Oktober lalu di kawasan Ampang.

“Polis membuat rampasan satu telefon bimbit bagi membantu siasatan.

“Semakan dapati suspek tiada rekod jenayah lampau dan saringan urin dapati negatif dadah,” katanya.

Menurutnya, permohonan reman suspek dibenarkan selama empat hari bagi membantu siasatan.

“Sasatan awal pihak polis dapati punca kejadian berlaku kerana suspek tidak berpuas hati permohonan pasport barunya tidak diproses oleh pihak kedutaan.

“Kes disiasat mengikut seksyen 507C Kanun Keseksaan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN