Ketibaan aktivis GSF: Situasi keselamatan di KLIA terkawal - Polis

Ketibaan aktivis GSF: Situasi keselamatan di KLIA terkawal – Polis

Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 terkawal bagi menyambut 23 aktivis Malaysia yang menyertai GSF. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Tahap keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini berada dalam keadaan terkawal biarpun orang ramai mula membanjiri terminal itu bagi meraikan ketibaan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF).

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at berkata, pihaknya telah menugaskan lebih 30 anggota bagi mengawal keadaan keselamatan di KLIA Terminal 1.

Beliau berkata, anggota berkenaan ditugaskan bagi mengawal kawalan orang ramai dan keselamatan di terminal ini.

“Ketika ini, orang ramai mula membanjiri KLIA bagi meraikan ketibaan aktivis berkenaan dan situasi masih terkawal,” katanya ketika ditemui di sini, malam ini.

Katanya, orang ramai mula berhimpun sejak pukul 7 malam tadi dan ketika ini, lebih 200 orang ramai mula berhimpun.

Jelasnya, beliau menjangkakan lebih ramai akan hadir dan berkumpul di aras tiga, terminal ini bagi meraikan ketibaan aktivis berkenaan.

Tinjauan wartawan mendapati, beberapa ruang disediakan bagi memisahkan kedudukan orang ramai, ahli keluarga dan pihak media.

Difahamkan, ruang itu disediakan bagi memastikan kelancaran sambutan ketibaan aktivis berkenaan yang dijangka tiba sekitar 10 malam ini.

Lebih 50 pengamal media membabitkan wartawan dan jurugambar pelbagai agensi mula berkumpul bagi melaporkan detik ketibaan aktivis berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN