Tiada siasatan aktif SPRM terhadap Azhari

Tiada siasatan aktif SPRM terhadap Azhari

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada sebarang siasatan aktif atau fail terbuka direkodkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Pemangku Pengerusi Halal Development Corp (HDC), Datuk Azhari Shaari.

Bahagian Komunikasi Strategik SPRM berkata, bagaimanapun rekod sabitan kes membabitkan Azhari masih wujud dalam pangkalan data pesalah rasuah.

Ia hukuman denda terhadap Azhari yang pernah disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan sudah pun dilaksanakan mahkamah.

“Permohonan semakan tapisan keutuhan yang dikemukakan oleh HDC pada 30 Oktober 2024.

“Maklum balas rasmi telah dikemukakan kepada pihak HDC pada 4 November 2024 memaklumkan secara faktanya bahawa tiada siasatan aktif sedang dijalankan oleh SPRM terhadap penama ketika itu,” katanya dalam kenyataan.

Kata kenyataan itu, SPRM menegaskan bahawa setiap tapisan keutuhan yang dijalankan adalah bertujuan sebagai panduan kepada pihak pemohon dan tidak bersifat mengikat.

“Sehubungan itu, SPRM menasihatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi yang boleh mengelirukan atau menjejaskan proses semakan keutuhan yang dijalankan secara profesional dan berintegriti.

“SPRM komited untuk terus memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam setiap proses semakan dan siasatan yang dijalankan, selaras dengan prinsip integriti dan tadbir urus yang baik,” katanya.

Sebagai rekod, penama pernah disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan telah dikenakan hukuman denda sebanyak RM1,900 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 23 Oktober 2023.

HDC sebelum ini dilapor mendakwa melalui keputusan Jawatankuasa Tapisan Integriti SPRM bertarikh 4 November tahun lalu, Azhari selaku pemangku pengerusinya itu sudah disahkan bebas daripada sebarang rekod kesalahan rasuah.

Penjelasan itu dibuat selepas keberadaan Azhari dalam Lembaga Pengarah HDC dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, merujuk pengakuan bersalah Azhari dalam satu kes jenayah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×