Tabung Kasih Johor-Palestin sumbang RM2.5 juta kepada perjuangan rakyat Palestin

Tabung Kasih Johor-Palestin sumbang RM2.5 juta kepada perjuangan rakyat Palestin

TUNKU Mahkota Ismail (dua, kiri) menyampaikan cek cura berjumlah RM2.5 juta kepada wakil Palestin selepas tamat majlis solat hajat di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri menerusi Tabung Kasih Johor-Palestin telah menyumbangkan sebanyak RM2.5 juta sebagai tanda solidariti kepada perjuangan rakyat negara berkenaan susulan konflik yang dihadapi, ketika ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, sumbangan tersebut disampaikan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menerusi satu program solat hajat yang berlangsung di Masjid Sultan Abu Bakar, di sini semalam.

Menurut beliau, Tunku Mahkota Ismail turut berkenan menyampaikan sumbangan peribadi baginda.

“Rakyat Johor bersimpati dan amat terkesan dengan kezaliman, kekejaman dan pembunuhan lebih 60,000 warga Palestin yang majoritinya adalah wanita dan kanak-kanak tidak berdosa.

“Sebagai tanda solidariti dan kasih berterusan Bangsa Johor, Tabung Kasih Johor-Palestin telah berjaya mengumpul RM2.5 juta. Bantuan ini akan disalurkan bagi tujuan membantu saudara-saudara kita yang sedang berjuang disana,” katanya kepada pemberita.

Tambah Onn Hafiz, menerusi Tabung Kasih Johor-Palestin itu juga, sejumlah RM7.5 juta telah disumbangkan sejak 2023 hingga kini.

Terdahulu, pasukan bola sepak Harimau Malaya serta dan pasukan bola sepak kebangsaan Palestin menunaikan solat Maghrib dan solat hajat secara berjemaah bersama jemaah lain. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN