Rombakan silibus Palapes ambil kira soal keselamatan

Rombakan silibus Palapes ambil kira soal keselamatan

ADLY Zahari bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Amanah Selangor 2025 di Pusat Konvensyen Midlands, Shah Alam, Selangor-UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Rombakan silibus Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) mengambil kira aspek keselamatan pelajar yang kini menjadi keutamaan supaya pelajar menyempurnakan latihan dengan berjaya.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, semakan silibus latihan itu sedang dilakukan dan ia mengambil masa agar perkara tersebut dapat direalisasikan.

“Kita sentiasa berbincang mengenai pelaksanaan program Palapes dan bila ada isu baharu, kementerian akan tambah baik dengan melihat semula beberapa peraturan.

“Faktor paling utama adalah keselamatan pelajar kerana latihan ketenteraan membabitkan banyak aspek fizikal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Amanah Selangor 20205 di Pusat Konvensyen Midlands di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya melaksanakan rombakan dan penambahbaikan terhadap beberapa kurikulum dan pengisian Palapes bagi memastikan penyertaan mahasiswa dalam program latihan di universiti tidak menjadi sia-sia.

Menurut Adly, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pendidikan Tinggi masih lagi mengenal pasti silibus Palapes yang bakal dirombak semula.

“Latihan Palapes memang tanggungjawab Kementerian Pertahanan namun memandangkan pasukan itu pelajar universiti terlibat, Kementerian Pertahanan mesti bekerjasama dengan KPT.

“Silibus disemak semula perlu ada kesinambungan dengan pembentukan jati diri pelajar dan juga persediaan mereka untuk menjadi sebahagian daripada anggota pertahanan negara,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN