MCMC PRIME, NADI digerakkan bantu pemulihan komunikasi di Sabah

MCMC PRIME, NADI digerakkan bantu pemulihan komunikasi di Sabah

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggerakkan MCMC PRIME dan kemudahan Internet komuniti Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) ke kawasan bencana. - IHSAN MCMC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggerakkan MCMC PRIME dan kemudahan internet Komuniti Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bagi memastikan mangsa bencana di Sabah kekal berhubung.

MCMC dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, kenderaan mudah alih dilengkapi sokongan komunikasi, MCMC PRIME digerakkan ke Kampung Cenderakasih dan Penampang sekali gus dapat membantu pasukan penyelamat serta menyokong kerja pemulihan infrastruktur oleh Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB).

“Pada masa yang sama, sebanyak 131 NADI turut diaktifkan untuk menyediakan capaian internet kepada masyarakat yang terkesan supaya mereka kekal berhubung dengan keluarga dan pihak berkuasa.

“Sehingga kini, sebanyak 266 menara telekomunikasi dikenal pasti terjejas akibat gangguan bekalan elektrik dengan 147 daripadanya kembali beroperasi,” kata MCMC.

Menurut MCMC lagi, usaha pemulihan sedang dijalankan secara berperingkat bersama syarikat telekomunikasi.

Katanya, bagi mempercepatkan proses pemulihan, MCMC turut menubuhkan pasukan Task Force bersama syarikat telekomunikasi dan SESB.

“Pasukan ini menumpukan kepada pemulihan ‘collector sites’ serta tapak kritikal yang dikenal pasti, selain memastikan bekalan kuasa sementara menggunakan genset dapat disalurkan segera.

“MCMC akan terus bekerjasama rapat dengan agensi penyelamat, syarikat telekomunikasi serta pihak berkuasa negeri dan Persekutuan bagi memastikan komunikasi dan capaian Internet dapat dipulihkan demi keselamatan serta kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN