Keluarga Wan Ahmad Faris tuntut penjelasan kerajaan negeri

Keluarga Wan Ahmad Faris serah memorandum tuntut penjelasan kerajaan negeri

WAN Abdul Rahman Wan Yaacob menyerahkan memorandum kepada Anas Rizuan Shamsuddin di pekarangan Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan semalam. – UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Keluarga Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman yang dipercayai menjadi mangsa bunuh di sebuah sekolah tahfiz di Kok Lanas, dekat sini pada 2013 menyerahkan memorandum tuntutan berkaitan kes berkenaan kepada Kerajaan Ne­geri kelantan bagi menuntut penjelasan dan komitmen berhubung kejadian itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penyerahan memorandum di hadapan Kompleks Kota Darulnaim di sini, dilakukan oleh bapa kepada remaja ber­kenaan, Wan Abdul Rahman Wan Yaacob bersama isterinya, Ruhani Hussin serta barisan 10 peguam keluarga diketuai Tengku Shazuan Tengku Shariffudin kepada Pegawai Khas Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi negeri, Anas Rizuan Shamsuddin.

Tengku Shazuan berkata, tindakan itu dibuat berikutan lokasi kejadian itu sebuah sekolah menengah agama bawah seliaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Untuk rekod, barisan peguam mewakili keluarga Allahyarham belum membuat prosiding saman ke atas kerajaan negeri. Saman pertama yang difailkan adalah terhadap kerajaan persekutuan.

“Pihak kami (peguam) masih lagi berbincang mengenai beberapa isu yang memerlukan penjelasan dan kerjasama daripada kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu.

Tengku Shazuan berkata, memorandum tersebut menggariskan beberapa perkara pen­ting antaranya melibatkan pe­robohan lokasi kejadian iaitu tandas asrama yang mana jasad Wan Ahmad Faris ditemukan kira-kira dua atau tiga ming­gu selepas kejadian tanpa alasan munasabah.

Katanya, kelemahan pihak sekolah sendiri untuk menyediakan rekod keluar masuk pelajar serta ketiadaan siasatan terhadap isu pergaduhan yang berlaku sebelum penemuan jasad Wan Ahmad Faris turut dimasukan ke dalam memorandum tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini