Kampung Bukit Katong dinaiktaraf bawah inisiatif Kampung Angkat MADANI

Kampung Bukit Katong dinaiktaraf bawah inisiatif Kampung Angkat MADANI

KHAIDHIRAH Abu Zahar menerima replika cek daripada Nur Azlin Mohamad Awal (kanan) pada Peluncuran Program Kampung Angkat Madani (KAM 2.0) di Kampung Bukit Katong, Jasin, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Lebih 30,000 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim bakal menikmati beberapa kemudahan awam yang dinaiktaraf menerusi pelaksanaan projek Kampung Angkat MADANI di Kampung Bukit Katong di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, sebanyak RM935,000 diperuntukan bagi memenuhi keperluan yang mendesak di kampung berkenaan termasuk kawasan sekitar dan beberapa kampung di Asahan.

Beliau berkata, beberapa sesi libat urus antara Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan DUN (Japerun) RIM dengan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri(BHEUU) telah memuktamadkan tujuh skop kerja untuk keperluan penduduk di situ.

“Antara projek yang telah dikenal pasti ialah pemasangan 31 batang lampu solar dari Jalan RIM ke bulatan Felda Bukit Senggeh dan pembinaan sebuah dewan terbuka di tapak dewan sedia ada di Jalan RIM, Kampung Bukit Katong

“Turut dilaksanakan pembinaan bangunan bengkel kerja baharu di Felda Bukit Senggeh, menaiktaraf Dewan Semai Bakti, gelanggang futsal di Kampung Bukit Katong, infrastruktur Jalan Bunga mawar dan pemotongan pokok di sekitar Kampung Bukit Katong,” katanya selepas merasmikan peluncuran Program Kampung Angkat Madani (KAM) di Kampung Bukit Katong, RIM di sini hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) BHEUU, Nur Azlin Mohamad Awal.

Khaidhirah berkata, program tersebut adalah pendekatan strategik inisiatif yang sangat baik kerana menerima peruntukan terus daripada Pejabat Perdana Menteri.

Katanya, peruntukan itu lebih berfokus untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat di kampung berkenaan yang telah lama membelenggu penduduk di situ.

“Saya ucapkan terima kasih BHEUU kerana memilih Kampung Bukit Kantong dan diharap pembangunan ini dapat dimanfaatkan oleh penduduk kampung dan kawasan sekitarnya,” katanya,

Sementara itu, Nur Azlin berkata, program KAM 2.0 adalah pendekatan strategik dan menyeluruh untuk memastikan masyarakat luar bandar menerima akses segera kepada kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, jalan raya dan internet tanpa terikat dengan kerenah birokrasi.

“Program di Kampung Bukit Katong ini merupakan projek kedua yang dilaksanakan oleh BHEUU selepas kejayaan projek rintis di Pengerang, Johor pada 2024,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×