450,000 pil kuda gagal diseludup ke Malaysia

450,000 pil kuda gagal diseludup ke Malaysia

SEBAHAGIAN pil kuda yang dirampas dalam serbuan di kawasan Sai Thong 4, Sungai Golok, Narathiwat, Thailand semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Pi­hak berkuasa Thailand merampas 450,000 biji pil kuda yang cuba diseludup ke Malaysia menggunakan perkhidmatan kurier dalam serbuan di kawasan Sai Thong 4, Sungai Golok, dekat sini semalam.

Serbuan bersepadu pukul 2 petang itu ke atas pusat kurier itu dilakukan oleh Unit Operasi Narkotik Kor Pertahanan Sukarelawan Daerah Sungai Kolok, polis dan pasukan dari Divi­syen 3 Biro Narkotik Wilayah 4 selepas menerima maklumat orang ramai.

Setiausaha Tetap Wilayah Narathiwat, Anirut Buayon ber­kata, hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas premis ber­kenaan membawa kepada penemuan 450,000 biji pil kuda dianggarkan bernilai kira-kira 13.5 juta baht atau RM1.78 juta.

“Dadah terbabit diangkut menggunakan lori bersama pel­­bagai barangan lain dengan tujuan mengaburi mata pihak berkuasa. Kami tidak menolak kemungkinan dadah ini dise­ludup ke Malaysia selain pasaran tempatan.

“Hasil semakan mendapati alamat pada bungkusan berkenaan adalah individu tempatan. Siasatan masih dijalankan dan dadah terbabit diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Anirut berkata, operasi itu selaras dengan dasar kerajaan untuk memerangi dadah secara tegas dan berterusan kerana Selatan Thailand menjadi tempat transit dadah untuk diseludup ke negara jiran.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, pihak berkuasa Thailand mematahkan cubaan menyeludup lebih 1.1 tan metrik syabu ke Malaysia dalam dua serbuan di Tak Bai dan Songhkla pada 1 September lalu.

Dalam serbuan itu, pihak ber­kuasa negara ini menahan lima individu yang dipercayai ahli sindiket masing-masing berusia 34 tahun hingga 51 tahun.

Timbalan Ketua Polis Wilayah 9, Mejar Jeneral Wara Wetchaphinan berkata, selain itu pihaknya merampas lebih 1.1 tan metrik syabu, dua trak pikap dan enam unit telefon bimbit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN