Penjara Narathiwat hilang 'seri' selepas Eda Ezrin pulang

Penjara Narathiwat hilang ‘seri’ selepas Eda Ezrin pulang

Penjara Narathiwat hilang 'seri' selepas Eda Ezrin pulang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT, THAILAND: Pembebasan Eda Ezrin membuatkan Penjara Pusat Narathiwat di sini seolah-olah hilang ‘seri’ selepas ia menjadi tumpuan ramai sejak penyanyi Bea Sobar Bea itu menjalani tahanan sementara sejak November tahun lalu.

Seorang pegawai penjara wanita yang enggan dikenali berkata, sejak Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail masuk ke situ, penjara tersebut menjadi tumpuan masyarakat Thailand dan rakyat Malaysia.

“Kehadiran Eda Ezrin boleh diibaratkan sebagai penyeri walaupun dia adalah orang tahanan. Dia bagaikan sekuntum bunga yang sering menjadi perhatian dalam kalangan tahanan wanita di sini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Pegawai itu memberitahu, Eda Ezrin disifatkan sebagai seorang yang berdisiplin dan sentiasa menjaga penampilan supaya sentiasa kelihatan cantik.

“Dia memang benar-benar cantik apatah lagi sejak kebelakangan ini. Sebab itu dia sentiasa menarik perhatian. Selain itu dia seorang yang sentiasa mengikuti aktiviti di penjara termasuk mendalami ilmu agama dan membaca al-Quran,” ujarnya.

Sementara itu, pegawai kanan penjara yang mesra dengan panggilan Abang Mat turut mengakui pembebasan Eda Ezrin seolah-olah ‘melenyapkan’ seri pusat tahanan ini.

“Lepas ini wartawan tidak datang lagi ke sini untuk membuat liputan,” ujarnya.

Rabu lalu, penyanyi itu bersama suami dan empat rakan mereka dibebaskan sepenuhnya daripada tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan buat kali keenam.

Penyanyi itu telah pulang ke pangkuan keluarga selepas menyelesaikan dokumentasi dan memberi keterangan kepada polis Malaysia sebaik sahaja tiba dari negara jiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN