Jemaah puji khidmat urusan haji Andalusia

Jemaah puji khidmat urusan haji Andalusia

MOHAMAD SALIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jemaah haji Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) musim 1446H/2025 menzahirkan rasa syukur dan puas hati dengan layanan terbaik serta kelancaran perjalanan ibadah haji meskipun berdepan cuaca panas terik di tanah suci.

Hazizi Hashim, 45, dari Melaka menyifatkan pengurusan musim ini antara yang terbaik dengan semua urusan berjalan lancar hasil komitmen 30 sukarelawan yang diketuainya.

Katanya, Andalusia berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan penuh komitmen ter­utama dari segi penyediaan prasarana, pengangkutan, makanan dan jadual perjalanan.

“Alhamdulillah, dari segi pengurusan Andalusia memang terbaik. Maklum balas daripada jemaah lain juga menunjukkan petugas sangat komited membantu dari aspek masa, pergerakan dan sebagainya.

“Walaupun ada berlaku kepadatan di beberapa lokasi, kita dapat atasi kerana jadual yang di­susun sangat teratur dan tepat,” katanya pada Majlis Perjumpaan Ukhwah Jemaah Haji Andalusia di Hotel Grand Hyatt, di sini semalam.

Hazizi turut berkata, keha­diran 30 sukarelawan banyak membantu kelancaran operasi haji jemaah.

Bagaimanapun, beliau mencadangkan bilangan sukarelawan ditambah pada musim akan datang bagi meringankan tugasan petugas utama.

“Difahamkan sebenarnya jum­lah petugas ramai, tetapi tahun ini hanya sebahagian sahaja yang diluluskan. Jadi saya harap sukare­lawan dapat ditambah agar tugas boleh dipelbagaikan lagi untuk kelancaran operasi jemaah,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Salim, 66, dari Marang, turut mengakui puas hati dengan la­yanan Andalusia sepanjang berada di Mekah dan Madinah.

“Alhamdulillah, hotel, peng­angkutan, jadual makan dan pengurusan di Mina semuanya teratur. Petugas Andalusia juga sangat komited dan sentiasa tepat pada masa,” ujarnya.

Katanya, pemilihan Andalusia dibuat selepas meneliti pakej yang ditawarkan selain mendapat maklum balas positif daripada jemaah terdahulu.

“Bila dibandingkan dengan agensi lain, Andalusia lebih tersusun dan menawarkan harga berpatutan,” katanya.

Dimaklumkan, seramai 555 jemaah haji di bawah selamat menunaikan ibadat haji tahun ini dengan dibantu 20 petugas rasmi dan 30 sukarelawan.

Sementara itu, Andalusia kini dalam usaha membangunkan empat aplikasi digital khas yang bakal dilancarkan pada musim akan datang bagi memastikan perkhidmatan pengurusan ibadah haji lebih telus dan efisien.

Pengarah dan Penasihat Undang-undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, antara inovasi itu termasuk Super Apps Komuniti Jemaah yang berfungsi sebagai pusat maklumat, komunikasi dan pemantauan secara langsung sepanjang jemaah berada di tanah suci.

“Insya-Allah dengan adanya applikasi ini, komunikasi di Arafah dan Mina lebih teratur. Kita tidak lagi hanya bergantung kepada WhatsApp, sebaliknya semua maklumat boleh disalurkan terus melalui sistem digital,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN