SST: KPDN Johor terima empat aduan berlaku pencatutan harga

SST: KPDN Johor terima empat aduan berlaku pencatutan harga

LILIS SASLINDA Pornomo (kiri) memeriksa harga barangan di Pasaraya Hwa Thai di Larkin Junction, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor menerima empat aduan berlaku kenaikan harga berlebihan susulan pelaksanaan semakan kadar dan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula awal bulan ini.

Pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo berkata, empat premis itu melibatkan dua bengkel dan sebuah kawasan parkir di Johor Bahru serta sebuah kedai runcit di Kota Tinggi.

“Susulan pelaksanaan dan peluasan SST, KPDN telah melancarkan Op Kesan 4.0 bermula 1 Julai lalu. Sejak 1 Julai sehingga kini, kami telah terima empat aduan melibatkan pencatutan harga di seluruh Johor.

“Setiap aduan diterima akan disiasat melibatkan semakan dokumen harga, kos dan tahap kerjasama peniaga dalam memberikan maklumat yang diperlukan,” katanya selepas mengetuai Op Kesan 4.0 di Larkin di sini hari ini.

Lilis Saslinda berkata,  sejak Op Kesan 4.0 mula dilaksanakan, pihaknya telah mengeluarkan 48 notis pengesahan maklumat barangan kepada pemilik perniagaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×