Pengarah syarikat berdepan hukuman penjara lima tahun

Pengarah syarikat berdepan hukuman penjara lima tahun

SAHELA Abdul Rahim didakwa atas tuduhan pecah amanah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pengarah syarikat berhadapan hukuman penjara sehingga lima tahun setelah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas atas pertuduhan pecah amanah melibatkan pelupusan harta syarikat berjumlah RM150,000, bulan lalu.

Walau bagaimanapun, tertuduh, Sahela Abdul Rahim, 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Berdasarkan kertas pertuduhan, wanita itu didakwa secara tidak jujur menyebabkan seorang ejen melupuskan harta, iaitu tiga buah kepala lori jenis Scania milik syarikat pengangkutan berjumlah RM150,000 di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor di Taman Daya, di sini pada 10 Jun lalu.

Sahela didakwa di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan [Akta 574] yang boleh dihukum dihukum penjara selama tempoh tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dan dengan sebat dan hendaklah juga dikenakan denda, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muhammad Asraf Mohamed Tahli mencadangkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM50,000 manakala tertuduh diwakili peguam bela, Khairul Azwad Sariman.
memohon jumlah yang minimum kerana anak guamnya merupakan seorang ibu kepada tiga anak masih bersekolah dan berpendapatan RM4,000 sebulan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dan menetapkan 19 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×