Johor akui sukar isi kaunter CIQ kosong

Johor akui sukar isi kaunter CIQ kosong

MOHAMAD Fazli Mohamad Salleh menunjukkan cadangan penambahbaikan laluan kaunter kereta bagi mengatasi kesesakan di CIQ BSI, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri mengakui berdepan kesukaran memastikan semua kaunter kenderaan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini sentiasa diisi pegawai Imigresen bagi melancarkan pergerakan keluar masuk ken­deraan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, kekangan itu menjadi antara cabaran utama di pintu sempadan paling sibuk negara.

“Di laluan penumpang bas, terdapat tiga jenis kaunter iaitu kod QR, e-gate dan manual. Dengan 68 kaunter e-gate (39 masuk, 29 keluar), orang ramai dapat melepasi pemeriksaan dengan lebih pantas.

“Bagi laluan motosikal pula, ada lorong MyBoarderPass, MBike dan manual. Meskipun hanya ada 16 lorong MyBoarderPass (8 masuk, 8 keluar), penggunaannya tinggi kerana lebih cepat,” katanya di sini semalam.

Namun katanya, laluan kereta masih bergantung sepenuh­nya kepada 36 kaunter ma­nual yang memerlukan pengisian pegawai secara fizikal.

“Ini menyukarkan kerana pemeriksaan melibatkan semua penumpang dalam kenderaan dan mungkin berbeza kewarganegaraan. Ia memerlukan masa yang lebih lama,” katanya.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dijangka memuktamadkan pelan penambahbaikan sistem kaunter kereta dalam masa terdekat termasuk menambah sistem automatik di lorong motosikal serta penumpang bas.

Mohamad Fazli berkata, inisiatif itu penting memandang­kan BSI merekodkan kira-kira 350,000 pengembara ha­rian yang berulang-alik merentas sempadan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN