Padah pandu bas sekolah tanpa PSV

Padah pandu bas sekolah tanpa PSV

BAS sekolah yang dibawa pemandu tanpa PSV dan tamat cukai jalan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Tindakan seorang pemandu bas sekolah membawa pelajar tanpa lesen memandu vokasional (PSV) memakan diri apabila ditahan di Persiaran Puncak Alam di sini, Selasa lalu.

Kesalahan lelaki berusia 60 tahun itu dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang melakukan rondaan, kira-kira pukul 6.40 petang.

Pengarah JPJ negeri, Azrin Borhan berkata, pemandu itu sedang mengambil dan menghantar pelajar sekolah pulang ke rumah.

Jelasnya, pemeriksaan lanjut kemudian mengesan empat kesalahan termasuk tiada PSV dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

“Lelaki itu mengaku kesalahan itu dan memaklumkan hanya bekerja mencari rezeki.

“Empat notis saman dikeluarkan serta-merta dan tiada penahanan atau sitaan dilakukan,” katanya hari ini.

Tambah Azrin, semakan mendapati bas sekolah itu berdaftar secara sah dan bukannya kenderaan sapu.

Katanya, pemandu bas itu disaman mengikut Seksyen 56 dan Seksyen 66A Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Justeru, semua pemandu bas dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelak dikenakan tindakan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×