Kebolehpasaran graduan TVET pertanian naik tiga peratus

Kebolehpasaran graduan TVET pertanian naik tiga peratus

MOHAMAD Sabu meninjau tapak jualan program di Seksyen 32, Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN/ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan meningkat hampir tiga peratus.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, statistik menunjukkan angka 81.23 peratus direkodkan tahun lalu berbanding 78.1 peratus pada 2023.

Katanya, TVET pertanian kekal menunjukkan trend peningkatan sejak lima tahun lalu biarpun masih di bawah purata nasional.

“Seiring Revolusi Industri (IR) 4.0, sektor pertanian mahu pendekatan baharu bagi meningkatkan produktiviti terutama menerusi teknologi robotik, internet kebendaan (IoT) dan kecerdasan buatan (AI). 

“TVET dilihat sebagai pemangkin bagi melahirkan bakat muda yang bukan saja mahir dalam aspek teori, namun cekap dalam aplikasi praktikal,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival TVET Pertanian di Seksyen 32 di sini, hari ini.

Mohamad berkata, kadar kebolehpasaran graduan tertinggi bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) adalah dalam bidang poultri atau ternakan iaitu sebanyak 100 peratus.

“Ia diikuti bidang ruminan dan penyelenggaraan jentera kecil pertanian dengan masing-masing 93.2 peratus dan 92.3 peratus.

“Terdapat dua bidang yang mempunyai kadar kebolehpasaran sama pada kadar 91.7 peratus iaitu bidang perikanan tangkapan dan pengeluaran padi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN