MEKAH: Tekanan sebenar bakal dirasai oleh jemaah apabila memasuki kemuncak ibadat iaitu Masyair bermula antara 8 sehingga 13 Zulhijjah dalam mengejar haji mabrur. Sehubungan itu, Pengurus Kaunseling Unit Perkhidmatan Kaunseling, Azlina Abd. Wahid berkata, para jemaah perlu bersedia dengan fasa tersebut kerana ia merupakan medan ujian ketahanan jiwa dan kekuatan mental serta emosi. “Apabila setiap jemaah meletakkan syukur di hadapan dengan apa jua ujian mendatang segala rasa yang tidak menyenangkan…










