Pastikan kempen beretika, fokus menang

Pastikan kempen beretika, fokus menang

SAARANI Mohamad meninjau aktiviti gunting rambut percuma pada Program Jelajah AIM TVET di Kompleks Sukan Tapah semalam. - MINGGUAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan untuk menjalankan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning secara bersih, beretika dan tidak melibatkan sebarang bentuk fitnah mahupun provokasi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang juga Pengerusi BN negeri berkata, kemenangan perlu dicapai melalui pendekatan berhemah, berasaskan kekuatan parti serta kewibawaan calon, bukannya dengan menyerang peribadi atau menyebar dakwaan tidak berasas.

“Saya telah maklumkan kepada semua petugas pilihan raya BN bahawa kita mahu menang dengan cara yang bermaruah, tanpa terlibat dalam sebarang bentuk fitnah.

“Kita tidak mahu mencetuskan perkara yang boleh memecahbelahkan penduduk, khususnya di kawasan Ayer Kuning di mana satu rumah boleh ada penyokong BN dan Perikatan Nasional (PN).

“Jangan kerana provokasi melampau, rumah tangga dan perpaduan masyarakat tempatan terjejas,” katanya dalam sidang akhbar selepas program Jelajah AIM Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Bersama Cikgu Saarani di Kompleks Sukan Tapah, di sini semalam.

Saarani berkata, sebagai Menteri Besar, keutamaan adalah mentadbir negeri dengan suasana yang aman damai tanpa mencampuri urusan parti lawan.

“Saya sudah beritahu, kalau PN nak buat (provokasi) itu urusan mereka tapi sebagai Menteri Besar, saya mahu mentadbir negeri dengan penuh rasa kasih sayang dan aman damai,” katanya.

Mengulas dakwaan ladang babi haram di Tanjung Keramat, katanya, perkara itu akan dijawab dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu depan oleh Exco berkaitan, A. Sivanesan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN