Rybakina akhiri musim 2026

Rybakina akhiri musim 2026

ELENA Rybakina .-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Hasrat pemain No.1 dunia, Elena Rybakina, untuk menamatkan musim ini dengan penampilan di Kejohanan Akhir WTA tidak kesampaian apabila dia menarik diri daripada kejohanan itu selepas berdepan masalah kecergasan.

Pemain Kazakhstan itu mengumumkan penarikan diri semalam, sekali gus menyaksikan pemain kelahiran Ukraine, Marta Kostyuk, dipilih sebagai pengganti dalam undian kejohanan dan akan berdepan Linda Noskova pada hari pembukaan.

Rybakina mengakui kecewa terpaksa membuat keputusan itu selepas mengharungi musim yang cukup cemerlang, namun keadaan fizikalnya belum mengizinkan untuk kembali beraksi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya amat sedih untuk memaklumkan kepada semua peminat dan penyokong bahawa saya terpaksa menarik diri daripada Kejohanan Akhir WTA tahun ini.

“Saya mengharungi musim yang luar biasa, tetapi tubuh saya masih belum bersedia dari segi fizikal untuk bertanding.

“Saya akan meluangkan masa untuk berehat dan pulih di rumah sebelum membuat persiapan menghadapi musim 2027,” katanya dalam satu kenyataan.

Elena sebelum ini mencipta kejayaan besar apabila merangkul gelaran utama keduanya pada 2026 dan ketiga sepanjang kariernya di Terbuka Amerika Syarikat (AS) di Flushing Meadows, dua bulan lalu.

Kejayaan itu hadir walaupun dia memasuki kejohanan berkenaan dengan kebimbangan kecederaan selepas mengalami masalah pada kaki ketika beraksi di Terbuka Cincinnati.

Dia turut menarik diri daripada aksi suku akhir kejohanan di Tokyo bulan lalu akibat kecederaan leher, sekali gus menyaksikan masalah kecergasan terus menjejaskan perancangannya pada penghujung musim ini.- AGENSI

Elena Rybakina

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini