“Bolehkah dia buat? Dia kan perempuan.” “Ini bidang lelaki, kenapa perempuan hendak kerja sini? Tidak ada kerja lainkah? Itu antara cemuhan yang masih terpahat kemas di ingatan Nurfarahain Mat Saman, 34, ketika awal pembabitannya ke dalam bidang logistik. Namun, segala kata-kata itu langsung tidak menjadi kudis pada dirinya, bahkan menjadi minyak yang memarakkan lagi semangat untuk mencari rezeki yang halal. Buktinya, sudah lapan tahun Nurfarahain berkhidmat dalam industri kurier dan…










