4,098 kenderaan mewah bernilai RM5 juta termasuk milik kenamaan disita JPJ

4,098 kenderaan mewah bernilai RM5 juta termasuk milik kenamaan disita JPJ

jpj
MUHAMMAD KIFLI MA HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 4,098 kenderaan mewah termasuk milik individu kenamaan, ahli perniagaan dan pempengaruh disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam operasi penguatkuasaan Op Luxury bermula 1 Julai tahun lalu hingga 23 Oktober lalu.

Daripada jumlah itu antara jenama kenderaan yang disita ialah Rolls-Royce, Lamborghini, Ferrari dan McLaren.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, sebanyak 785 kenderaan mewah disita sepanjang tahun lalu, manakala 3,313 lagi disita sehingga Jumaat tahun ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, tindakan penyitaan diambil terhadap kenderaan yang tidak memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM), termasuk kereta mewah yang dikesan masih digunakan di jalan raya walaupun cukai jalan tamat tempoh.

Menurutnya, antara alasan pemilik gagal memperbaharui LKM ialah terlupa, selain mempunyai tunggakan saman yang menyebabkan kenderaan mereka disenaraihitamkan.

“Apabila kenderaan disenaraihitamkan, pemilik tidak boleh memperbaharui LKM sehingga semua saman tertunggak diselesaikan,” katanya ketika ditemui pada Program Advanced Leadership and Management Program (ALMP) Siri 89 Bil. 4/2026 di Lapang Sasar Shapadu, Presint 20, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Muhammad Kifli berkata, terdapat supercar yang disita bernilai lebih RM5 juta malah ada antaranya tidak memperbaharui LKM sehingga berbelas-belas tahun.

Katanya, nilai LKM bagi sesetengah kenderaan mewah itu melebihi RM10,000, malah ada yang mencecah RM52,000.

“Pemilik kenderaan ini terdiri daripada pelbagai golongan, termasuk orang kenamaan, ahli perniagaan dan pempengaruh,” jelasnya.

Muhammad Kifli berkata, JPJ akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana kenderaan yang tidak mematuhi peraturan, termasuk kegagalan memperbaharui LKM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini