PORT DICKSON: Setelah lebih empat tahun isu khemah biru di Pantai Telok Kemang di sini berlarutan, akhirnya kini digantikan dengan payung pantai ‘ala Bali’. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J. Arul Kumar berkata, kemudahan payung pantai yang lebih tersusun itu merupakan penyelesaian menang-menang yang diambil antara Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dengan 33 pengusaha khemah biru sebelum ini. Menurutnya, MPPD telah memberikan sumbangan secara sekali…










