Arwah kuat bekerja walau berusia

Arwah kuat bekerja walau berusia

KEADAAN nahas membabitkan empat buah kenderaan yang mengorbankan tiga nyawa di Kilometer 226.5, Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), dekat Rembau, pagi semalam. –IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Majikan kepada pe­man­du lori yang maut dalam nahas mengorbankan tiga nyawa di Kilometer 226.5, Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), di si­ni, pagi semalam, menyatakan mangsa adalah seorang pe­kerja hebat walaupun sudah mence­cah usia 73 tahun.

Kamis Manap, 77, berkata, Allah­yarham Mohd. Esa Daharin, 73, yang menetap di Taman Sri Ramal, Kajang, Selangor sudah lebih 25 tahun bekerja de­ngannya

“Arwah tidak betah duduk di rumah sahaja walaupun sudah berusia emas, sama macam saya, kalau duduk rumah, ma­cam-macam penyakit datang. Jadi, arwah bekerja dengan saya dan memang kerap berulang alik membawa lori dari ladang bunga dan landskap kami seluas 20 ekar di Kulai, Johor ke ladang 40 ekar di Semenyih, Selangor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika kejadian juga arwah bersama dua lagi pekerja warganegara Bangladesh dalam per­jalanan selepas habis kerja di Kulai ke Sungai Ramal. Sepanjang 25 tahun berkhidmat, ar­wah ti­dak pernah terbabit dalam ke­malangan semasa memandu lo­ri.

“Arwah memang seorang pe­kerja yang baik, dia tidak mahu hanya berehat di rumah. Anak-anaknya melarang untuknya be­kerja namun arwah yang masih tegap tetap mahu bekerja,” katanya ketika ditemui di pekara­ngan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Rembau, di sini, se­malam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, dalam kejadian membabitkan empat kenderaan kira-kira pukul 5.40 pagi itu, dua mangsa maut di lokasi kejadian iaitu pemandu lori, Mohd Esa dan kelindan lori, iaitu warganegara Bangladesh, Md. Usuf Ali, 44.

Seorang lagi mangsa yang maut semasa tiba di Hospital Rembau ialah penumpang kereta Honda City, Terence Ng Zhi Yang, 21, beralamat di Jasin, Melaka, yang merupakan pelajar Kolej Sunway di Kuala Lumpur.

“Berdasarkan siasatan, kemalangan membabitkan empat buat kenderaan iaitu lori membawa muatan tanah dan bunga dinaiki tiga individu, kereta jenis Honda City dinaiki empat individu, kereta jenis BMW dinaiki tiga individu dan sebuah lagi kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang lelaki warganegara Myanmar.

“Siasatan awal mendapati, pemandu lori dalam perjalanan dari arah Ayer Keroh, Melaka menghala ke Senawang memandu di lorong kiri. Sebaik sam­pai di tempat kejadian lori berkenaan telah hilang kawalan dan melanggar besi penghadang sebelah kanan jalan dan sete­rusnya terbabas ke kiri jalan.

“Pada masa yang sama, kereta jenis Honda City yang datang dari arah belakang memandu di lorong kanan, tidak sempat mengelak lalu melanggar lori, seterusnya kereta BMW dan To­yota Vios dari arah belakang ti­dak dapat mengelak lalu berlanggar secara berturutan,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Sementara itu, seorang bapa saudara, seorang lagi mangsa, Te­rence Ng yang enggan dikenali memberitahu, anak saudaranya itu dalam perjalanan untuk bercuti dari Melaka ke Pulau Pinang.

Katanya, mendiang anak buahnya itu sedang bercuti semester kolej dan akan me­nyam­bung kembali pelajaran se­le­pas sambutan Tahun Baharu Cina.

“Walaupun masih muda, mendiang anak sulung dan sa­ngat baik. Bayangkan waktu ber­cuti semester begini, mendiang bekerja sementara di sebuah tadika milik keluarga untuk mengajar kanak-kanak,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini