Muhammad Zaharif patah 8 tulang rusuk - Utusan Malaysia

Muhammad Zaharif patah 8 tulang rusuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pakar Perubatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) semalam memberitahu lapan tulang rusuk pelajar tingkatan lima, Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie patah dan sebahagian hatinya juga pecah.

Menurut Dr. Ain Nurfarhana Hamdan, 35, terdapat pengumpulan darah sebanyak 200 mililiter (ml) di kedua-dua rongga dada mangsa dan sejumlah 2000 ml darah ditemui di rongga abdomen.

“Pemeriksaan dalaman mendapati kedua-dua paru-paru mangsa mengalami lebam dan kesan koyak di paru-paru kiri. Bahagian kanan hati mangsa juga pecah selain lebam di sekitar buah pinggang kanan dan kelenjar adrenal kanan,” katanya yang juga saksi pendakwaan ke-24.

Pemeriksaan kasar pada organ dalaman mangsa berdasarkan sampel tisu otak, jantung, paru-paru, buah pinggang, hati dan limpa pula mengesahkan tiada kejanggalan lain.

Ringkasan dan kesimpulan yang hasil daripada pemeriksaan bedah siasat dilakukan ke atas mangsa ialah kesan kecederaan pada tubuh pelajar itu adalah berpadanan dengan corak kecederaan pelanggaran di jalan raya.

“Kecederaan pada bahagian dada dan abdomen mangsa adalah kecederaan parah dan menyebabkan kematiannya.

Pemeriksaan bedah siasat tidak menunjukkan tanda penyakit biasa ditemui yang dilihat boleh menyumbang atau menyebabkan kematiannya pada masa itu.

Sementara itu, semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz, Dr. Ain Nurfarahana turut mengesahkan 108 keping gambar dirujuk kepada mahkamah adalah gambar kecederaan yang ada pada tubuh Muhammad Zaharif ketika proses bedah siasat dijalankan.

Saksi turut mengesahkan waktu kematian remaja itu pada 12.32 tengah hari, 15 Disember 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×