Kanser: Wanita buntu mahu beli ubat

Kanser: Wanita buntu mahu beli ubat

ZURIAH Mohd. Noor menunjukkan akaun TikToknya, ‘Zuriah Nur’ ditemani suami, Mohd. Azli Sulaima di Felda Kota Gelanggi Dua di Jerantut, Pahang semalam. – UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Seorang wanita dari Felda Kota Gelanggi Dua di sini yang menderita kanser pa­yudara tahap empat bukan sahaja mengalami tekanan hidup malah berdepan kekangan kewangan bagi membeli dua jenis ubat mencecah RM3,250 sebulan.

Zuriah Mohd. Noor, 57, berkata, dua jenis ubat yang disyorkan doktor itu masing-masing berharga RM250 dan RM3,000 untuk tempoh sebulan.

“Sehingga ini, saya sudah membelanjakan hampir RM60,000 untuk beli ubat dan menampung kos rawatan termasuk kos pengangkutan berulang-alik ke hospital sejak pembedahan awal tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Doktor memberitahu pada tahap empat, kanser sudah me­rebak ke tulang belakang dan tulang rusuk yang memerlukan rawatan susulan dan mengambil ubat khas. Ia amat mahal menyebabkan saya tidak mampu dan hanya reda dengan penderitaan ini,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini semalam.

Zuriah berkata, pada mula­nya dia sakit di bahagian anggota berkenaan, tidak berselera makan dan lemah lalu terus dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

“Selepas pembedahan pada Disember 2022, saya berulang-alik untuk kemoterapi namun masih tidak ada perubahan, cuma dapat bertahan dengan makan ubat. Kini ia sudah berada pada tahap empat,” katanya.

“Walaupun dapat bantuan, saya masih tidak mampu membeli ubat disyorkan doktor kerana wang simpanan termasuk pendapatan hasil sawit suaminya, Mohd. Azli Sulaima, 58, semakin berkurangan,” katanya yang banyak menghabiskan masa di laman sosial TikTok berkongsi penyakitnya dengan insan yang senasib dengannya.

Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi Zuriah di talian 01124630292 atau ke akaun Bank Rakyat nombor 220301388881. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini