KUALA NERUS: Sebanyak 323 menara pemancar telekomunikasi terjejas dalam kejadian banjir di seluruh negara dari 30 November lalu hingga semalam. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 264 menara pemancar telekomunikasi tersebut terletak di Kelantan, 49 di Terengganu dan sembilan di Pahang serta satu di Johor. Bagaimanapun, menurutnya, sebanyak 318 menara pemancar telekomunikasi itu kembali pulih dan beroperasi semula. “Saya cuba dapatkan angka yang terkini dan setakat semalam…










