Polis analisis dokumen kewangan beberapa syarikat

Polis analisis dokumen kewangan beberapa syarikat

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sedang meneliti laporan dan dokumen kewangan beberapa syarikat berhubung kes pemerdagangan manusia di Myanmar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan tersebut diperoleh daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membabitkan beberapa individu termasuk milik bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan ahli perniagaan.

Menurut beliau, polis juga menyemak (jadual) penerba­ngan bagi melihat pergerakan ke luar negara khususnya Myan­mar oleh individu berkenaan sejak 2019.

“Selain itu, keterangan beberapa individu khususnya mereka yang pernah menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan dibawa balik dari Myanmar juga akan diambil.

“Tindakan ini bagi melihat sekiranya ada maklumat baharu berdasarkan keterangan diambil yang boleh membantu menyelesaikan kes ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya sebanyak sembilan keterangan telah diambil sejak kelmarin sehingga semalam.

Beliau memberitahu, berdasarkan kesemua keterangan itu, masih belum ada kete­rangan kukuh ke arah jenayah pemerdagangan manusia.

“Proses merakam percakapan itu melibatkan keterangan ahli politik dan suaminya, selain ahli perniagaan dan beberapa individu dari sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta wartawan portal tempatan.

“Kita (polis) juga sedang mendapatkan maklum balas daripada pengarang yang menerbitkan laporan Justice For Myanmar untuk dirakam percakapan secara dalam talian berkenaan isi kandungan artikel yang diterbitkan,” jelasnya.

Beliau berkata, hasil percakapan diambil terhadap seorang blogger Youtuber dari Indonesia, individu berkenaan me­nyatakan maklumat yang didedahkan adalah daripada hasil siasatan sendiri.

“Sebahagian lain pula adalah merujuk kepada laporan yang diterbitkan, Justice For Myanmar.

“Pasukan siasatan juga ketika ini sedang mengesan dua lagi ahli perniagaan dari China bagi siasatan lanjut,” katanya.

Kelmarin, PDRM mengesahkan masih menunggu maklum balas daripada BNM mengenai semakan transaksi wang melibatkan beberapa individu yang dikaitkan pemerdangan manusia di Myanmar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×