KLUANG: Pengumuman calon Perikatan Nasional (PN) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang sepatutnya dibuat hari ini ditangguhkan ke satu tarikh lain. Pengerusi PN Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, penangguhan itu berikutan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan dan berkaitan dengan pengurusan parti. Katanya, semua pemimpin PN terlibat dalam Sambutan Hari Ulang Tahun Ke-8 Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam manakala hari…