Bukan petunjuk PKR retak

Bukan petunjuk PKR retak

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peletakan ja­watan Datuk Seri Saifuddin Na­sution Ismail sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara tiba-tiba bukan pe­tunjuk wujudnya keretakan da­lam parti itu.

Sebaliknya, penganalisis po­li­tik berpandangan, langkah itu adalah usaha mengukuhkan Pa­katan Harapan (PH) dan Kerajaan Perpaduan terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Sivamurugan Pandian berkata, walaupun Saifuddin me­lepaskan jawatan dalam PKR, beliau tetap kekal menjadi Ketua Setiausaha PH.

Justeru, katanya, jawatan dalam PH itu juga penting selepas parti merasakan keperluan pengukuhan dilakukan selepas dua tahun pemerintahan Kerajaan Perpaduan.

“Beliau tetap menjadi Setiausaha PH yang saya rasa penting untuk mengukuhkan kedudukan Kerajaan Perpaduan.

“Mungkin Presiden melihat wajar diberikan keutamaan da­lam usaha untuk mengukuhkan hubungan dalam PH dan bersama dengan parti gabungan lain dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya ketika dihubungi, sema­lam.

Media sebelum ini melapor­kan, Saifuddin melepaskan jawatannya Setiausaha Agung PKR berkuasa serta-merta.

Pelepasan jawatan itu bagi memberi tumpuan kepada tugas-tugasnnya yang lain seperti Ketua Setiausaha PH, Anggota Biro Politik PKR dan Ahli Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan.

Sebelum ini, Pengarah Opera­si Perikatan National (PN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Mohd Solehan Badri dilapor mendakwa, keretakan dalam Kem Perpaduan dikatakan bukan sekadar membabitkan per­selisihan antara Barisan Nasio­nal (BN) dan PH saja, malah BN sendiri dipercayai wujud keretakan dalaman.

Dalam pada itu, penganalisis politik, Dr. Azmi Hassan percaya, penstrukturan PKR itu supaya gerak kerja mereka dapat dilaksanakan dengan lebih efektif.

Katanya, ini kerana ia turut membabitkan jawatan lain dan bukan Saifuddin semata-mata.

“Dalam hal ini saya melihat Datuk Seri Saifuddin masih kekal sebagai Setiausaha PH yang dilihat sama kuat atau lebih besar pengaruh berbandig dengan Setiausaha Agung PKR itu.

“Ini satu perkara biasa yang mungkin keputusan ini atau pengumuman ini mengejutkan, tetapi ia tidak seberat seperti yang digambarkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×