Tipu RM5.5 juta konon bina lebuhraya - Utusan Malaysia

Tipu RM5.5 juta konon bina lebuhraya

Bina lebuh raya
MOHAMAD Feardaus Khairuddin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduha menipu bagi pelaksanaan sebuah projek lebuh raya, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang ahli perniagaan tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menipu dua ahli perniagaan dengan meminta wang berjumlah RM5.5 kononnya untuk membina sebuah lebuh raya, pada tahun lalu.

Tertuduh, Datuk Mohamad Feardaus Khairuddin, membuat pengakuan demikian selepas dibacakan tiga pertuduhan ke atasnya di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Berdasarkan pertuduhannya, Mohamad Feardaus menipu dua ahli perniagaan berusia 54 dan 58 tahun dengan memperdayakannya untuk menyerahkan wang RM3.7 juta dan RM1.3 juta dalam urusan membina Lebuhraya Padang Besar- Bukit Kayu Hitam-Jitra-Padang Terap-Teloi-Kulim-Changkat Jering

Dia juga dituduh ahli perniagaan yang berumur 58 tahun itu dalam urusan pembayaran cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bagi projek lebuhraya sama berjumlah RM500,000.

Kesemua kesalahan itu dilakukannya dekat sebuah pusat perniagaan, sebuah rumah dan sebuah bank di Seri Kembangan pada 4 November 2022 hingga 13 Disember 2023.

Justeru, bagi setiap kesalahan itu, Mohamad Feardaus, 50 dituduh di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang mana sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Aida Khairuleen Azli kemudian, menawarkan ikat jamin terhadap Mohamad Feardaus berjumlah RM80,000 dengan seorang penjamin.

Namun peguam yang mewakili R.L. Paniercelvan yang mewakili tertuduh memohon jaminan sebanyak RM40,000 dengan mengatakan Mohamad Feardaus merupakan satu-satunya ahli keluarganya yang menyara kehidupan keluarganya.

“Dia mempunyai dua isteri dan enam orang anak. Selain itu, anak guam saya juga tidak mempunyai pasport baharu kerana sudah tamat tempoh,” katanya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM50,000 bersama seorang penjamin dengan syarat tambahan, iaitu tertuduh tidak dibenarkan menghubungi mana-mana saksi secara terus atau melalui pihak ketiga.

Hakim turut mengarahkan pihak polis untuk membuat semakan dengan imigresen sama ada benar Mohamad Feardaus tidak mempunyai pasport baharu atau sebaliknya.

Sebutan semula kes ini ditetapkan pada 27 September ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN