SEREMBAN: Pemilik syarikat treler yang terlibat dalam insiden kemalangan mengakibatkan kematian dua beradik di Kilometer 5 Jalan Pekan-Rompin dekat Kampung Ketapang Hilir, Pekan, kelmarin, harus bertanggungjawab dan dikenakan tindakan tegas. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sudah tentu tindakan tegas diambil bukan sahaja terhadap pemandu yang telah direman tetapi kepada syarikat treler tersebut. “Ini kerana pemilik syarikat ada tanggungjawab kerana didapati telah membiarkan pemandu-pemandu tidak bertanggungjawab ini memandu kenderaan…