Perdana Menteri Jepun Kishida letak jawatan September ini

Perdana Menteri Jepun Kishida letak jawatan September ini

PERDANA Menteri Jepun, Fumio Kishida. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Parti Parti Liberal Demokratik (LDP) pada September ini, menurut laporan media hari ini, sekali gus menamatkan tempoh tiga tahun pentadbirannya yang diwarnai dengan kenaikan harga barang dan dicemari skandal politik.

Ini bermakna beliau akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Jepun selepas Ketua baharu LDP dipilih dalam pemilihan parti yang dijangka berlangsung pada bulan depan.

Kishida yang berdepan kemerosotan sokongan dikatakan enggan bertanding semula dalam pemimpin LDP, lapor media Jepun termasuk NHK yang memetik sumber pegawai pentadbiran kanan.

Bagiaimanapun, jurucakap LDP enggan mengulas lanjut.

Keputusan Kishida untuk berhenti akan mencetuskan pemilihan untuk mencari menggantikannya sebagai ketua parti dan seterusnya sebagai pemimpin ekonomi keempat terbesar di dunia.

Pengganti yang dipilih oleh LDP mungkin menghadapi peningkatan kos sara hidup, ketegangan geopolitik yang semakin meningkat dan potensi kembalinya Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).

Sebagai pemimpin kelapan paling lama berkhidmat di negara itu selepas perang, Kishida membawa Jepun keluar daripada pandemik Covid-19 menerusi ransangan perbelanjaan besar-besaran.

Beliau tetapi melantik Kazuo Ueda, seorang ahli akademik yang ditugaskan untuk menamatkan rangsangan kewangan radikal pendahulunya mengetuai Bank of Japan (BOJ).-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN