‘Pantau harga tidak munasabah’-TPM

‘Pantau harga tidak munasabah’

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian dan agensi berkaitan digesa untuk memantau  kenaikan harga barangan tidak munasabah yang boleh menjejaskan ekonomi negara susulan pengumuman  kenaikan gaji penjawat awam baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan memahami desakan berhubung isu rasionalisasi subsidi, namun menegaskan lebih RM80 bilion telah diperuntukan sebelum ini.

Oleh itu, kerajaan ingin meneliti keberkesanan langkah tersebut terutamanya kepada kumpulan bersasar yang mendapat manfaat berkenaan.

“Dengan kenaikan gaji penjawat awam, perkara pertama yang harus diihat ialah menentukan supaya tidak ada kenaikan kos barangan yang tidak munasabah dan kita mesti mengekang inflasi daripada meningkat

“Tentunya dalam keadaan itu, kita harus pertimbangkan di antara permintaan dan penawaran di dalam workforce, servis juga barangan,” katanya pada sidang media selepas lawatan ke Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.

Maka sebab itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO itu berkata, beliau menekankan soal peranan menteri dan timbalan menteri UMNO di kementerian masing-masing bagi mengukuhkan Kerajaan Madani.

Berikutan itu, Presiden UMNO berkata, langkah itu bukan sahaja untuk memberi fokus kepada golongan bersasar, tetapi juga kepada pengukuhan ringgit, seterusnya mempergiat usaha dalam membantu pekerja negara mendapat gaji premium.

“Hal ini saya fikir PAU kali ini mesti melihat bukan hanya desakan untuk menambah itu dan ini, tetapi dapat menyumbang idea untuk memperkukuh ekonomi dan menstruktur semula masayrakat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN