Hukum penjual data ikut nilai kerugian

Hukum penjual data ikut nilai kerugian

UTUSAN MALAYSIA terbitan 12 Ogos 2024
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Individu yang terlibat membocor atau menjual data peribadi orang ramai perlu didenda mengikut nilai kerugian yang dialami oleh sesebuah organisasi atau individu dan kesan buruk akibat kebocoran data berkenaan.

Sehubungan itu, Presi­den Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil berkata, Akta Perlindungan Peribadi 2010 perlu dipertingkatkan ke­rana akta itu hanya terpakai untuk syarikat swasta.

“Sedangkan data peri­badi yang terdapat dalam sektor kerajaan lebih sensitif dan besar. Apabila faktor keselamatan sangat longgar, individu yang bekerja dalam syarikat berkaitan data peribadi akan mengambil keselamatan daripada kelonggaran itu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia.

Semalam, akhbar ini melaporkan, data peribadi rakyat Malaysia menguntungkan sindiket apabila maklumat itu diniagakan di pasaran gelap secara pukal dan serendah 80 sen bagi setiap data.

Kegiatan itu didakwa berlaku sejak 1980-an dan berdasarkan 22 juta data pengguna yang didakwa pernah bocor daripada sebuah agensi kerajaan sebelum ini, pihak sindiket mampu memperoleh sehingga RM17.6 juta.

Data peribadi seperti nombor Mykad, telefon, e-mel dan alamat rumah yang bocor itu boleh datang dari pelbagai sumber antaranya laman sosial, syarikat te­lekomunikasi, institusi kewangan dan agensi kerajaan termasuk dari pejabat tanah dan galian.

Siraj berkata, Akta Keselamatan Siber yang diper­kenalkan mampu menjamin data-data peribadi seseorang terselamat daripada tangan yang salah.

“Akta Keselamatan Siber dan cadangan penubuhan Suruhanjaya Data oleh Kementerian Digital sangat penting dalam isu ini dan hukuman boleh dipertingkatkan setelah tadbir urus diselesaikan dengan baik,’’ katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN