Emergent BioSolutions agih 50,000 vaksin Mpox ke benua Afrika

Emergent BioSolutions agih 50,000 vaksin Mpox ke benua Afrika

MPOX
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Emergent BioSolutions (EBS.N) menyumbangkan 50,000 dos vaksin cacar kepada Republik Demokratik Congo serta negara-negara yang terjejas iaitu Burundi, Kenya, Rwanda, dan Uganda untuk menangani wabak Mpox atau cacar monyet.

Vaksin ACAM2000 keluaran Emergent yang diluluskan untuk cacar, telah digunakan sebagai vaksin Mpox tetapi masih belum mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) untuk digunakan terhadap virus ini. 

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC), ACAM2000 yang merupakan vaksin virus hidup, namun mempunyai kesan sampingan serta risiko yang lebih banyak berbanding dengan vaksin Jynneos keluaran syarikat biotek Denmark, Bavarian Nordic A/S, yang telah diluluskan di AS untuk kedua-dua cacar dan Mpox.

Manakala menurut FDA pula, ACAM2000 diketahui boleh mendatangkan pembengkakan di sekitar otot jantung yang hanya boleh dialami oleh penerima vaksin tersebut.

Berbeza dengan suntikan biasa, vaksin ini diberikan melalui siri tusukan kecil pada kulit menggunakan jarum berkepala dua di mana suntikan membentuk kerak yang mengambil masa dua hingga empat minggu untuk sembuh. 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) minggu lalu telah mengisytiharkan Mpox sebagai kecemasan kesihatan awam global untuk kali kedua dalam tempoh dua tahun apabila varian baharu virus tersebut merebak dengan cepat di benua Afrika. 

Sekurang-kurangnya seorang individu di Sweden telah disahkan dijangkiti oleh virus tersebut, menandakan kali pertama varian baharu tersebut dikesan di luar Afrika.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN