Dua anggota polis ditahan peras ugut penghantar makanan

Dua anggota polis ditahan peras ugut penghantar makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan menahan dua anggotanya selepas disyaki memeras ugut penghantar makanan di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) di Bandar Puteri, Klang, Selangor, Selasa lalu.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1 pagi ketika lelaki itu yang menunggang motosikal Honda EX5 dalam perjalanan menghantar makanan pelanggan.

Difahamkan, dia ditahan dua anggota peronda untuk pemeriksaan dan mendapati cukai jalan motosikalnya tamat tempoh lalu diminta menyerahkan wang tunai berjumlah RM1,000.

Bagaimanapun, lelaki itu dikatakan tidak mempunyai jumlah wang seperti diminta lalu anggota terbabit didakwa mengambil jam tangan serta wang tunai miliknya berjumlah RM90.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan ada menerima laporan kes tersebut.

“Dua anggota peronda itu bertugas di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

“Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana pemerasan,” katanya ketika dihubungi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN