DUBAI: Cuaca menjadi punca nahas helikopter bekas Presiden Iran, Ebrahim Rais pada Mei lalu.
Lapor agensi berita Iran, punca nahas helikopter yang mengorbankan Raisi adalah disebabkan oleh faktor cuaca dan ketidakupayaan pesawat itu untuk menampung berat yang dibawanya.
Ia memetik sumber keselamatan yang dimaklumkan mengenai keputusan akhir siasatan nahas tersebut.
Laporan awal oleh tentera Iran pada Mei lalu bahawa tiada bukti atau serangan ditemui semasa siasatan.
“Siasatan kes nahas helikopter Raisi telah selesai.
“Ada kepastian sepenuhnya bahawa apa yang berlaku adalah kemalangan,” kata sumber keselamatan yang tidak dinamakan itu kepada agensi berita Fars.
Siasatan menunjukkan bahawa helikopter itu membawa dua orang lebih daripada kapasiti yang dibenarkan oleh protokol keselamatan, kata sumber itu kepada Fars.
Pada 19 Mei lalu, Raisi dilaporkan sedang dalam penerbangan pulang daripada satu majlis perasmian sebuah empangan di sempadan Iran dan Azerbaijan apabila helikopter dinaikinya itu terhempas ketika hendak mendarat di Wilayah Varzaqan.
Selain Raisi dan Amirabdollahian, Gabenor Wilayah Azerbaijan Timur Malek Rahmati, Imam Solat Jumaat Bandar Tabriz Hojjatoleslam Al Hashem dan beberapa individu lain juga dilaporkan berada di dalam helikopter itu.-REUTERS










