Bekas jurulatih boling cabul atlet lelaki dilepas, bebas hukuman penjara - Utusan Malaysia

Bekas jurulatih boling cabul atlet lelaki dilepas, bebas hukuman penjara

MAT Salleh Jalani (dua kiri) berbual bersama barisan peguamnya di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskan seorang bekas jurulatih boling daripada hukuman penjara kerana mencabul atlet lelakinya, tujuh tahun lalu.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani membuat keputusan itu hari ini selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk membebaskan Mat Salleh Jalani, 61, daripada hukuman berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Mat Salleh didakwa dengan sengaja menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun dengan maksud mencabul kehormatan.

Mat Salleh didakwa melakukan perbuatan itu di dalam kereta di tempat letak kenderaan sebuah pusat membeli-belah di daerah ini pada Mei 2017 sekitar pukul 5 petang.

Berdasarkan fakta kes, mangsa yang terpilih sebagai atlet Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu ketika itu sedang mengikuti kem latihan bagi menghadapi Sukma 2018.

Jika sabit kesalahan, Mat Salleh boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK).

Januari lalu, Mahkamah Majistret mendapati Mat Salleh bersalah di akhir kes pembelaan dan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan bermula tarikh sabitan.

Dalam hujahan bertulis kepada Mahkamah Tinggi, pihak pembelaan berhujah berlaku kekhilafan apabila tidak mempertimbangkan pertuduhan pihak pendakwaan yang cacat dan defektif.

Pihak pembelaan turut memberi hujahan berlaku kekhilafan ketika pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap tertuduh susulan percanggahan saksi pendakwaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aisyah Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Nadzir Abdullah dan Malisa Marzuki. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN