KUALA NERUS: Sebanyak 67 ekor anak penyu spesies agar dilepaskan ke perairan Laut China Selatan di Pulau Redang, dekat sini, kelmarin, sebagai simbolik sambutan Hari Kebangsaan Ke-67, tahun ini. Pelepasan anak penyu itu dilakukan 15 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Redang dengan kerjasama Unit Penyelidikan Penyu (Seatru) Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Selain upacara simbolik itu, murid-murid didedahkan dengan perkongsian ilmu maritim dan kenegaraan oleh sukarelawan dan petugas Seatru. Seorang peserta…










