1.2 juta pelancong China masuk Malaysia

1.2 juta pelancong China masuk Malaysia

TIONG KING SING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 1,185,050 pelancong dari China diterima masuk ke negara ini pada tahun ini (dari Januari) setakat Mei lalu.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, jumlah tersebut mencatat peningkatan sebanyak 194 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Menurut beliau, peningkatan kemasukan pelancong dari republik itu susulan pelaksanaan pengecualian visa.

“Saya menggalakkan semua syarikat penerbangan merebut peluang ini dan memperluaskan kesalinghubungan antara Malaysia dengan pelbagai negara untuk menyediakan lebih banyak kemudahan serta pilihan bagi pelancong dari seluruh dunia selain mewujudkan situasi sama menang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pengecualian visa 30 hari untuk pelancong dari China dan India mulai 1 Disember.

Malah, China turut bersetuju melanjutkan pengecualian visa untuk pelancong Malaysia daripada 15 kepada 30 hari sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China pada 31 Mei tahun ini.

Sementara itu, King Sing turut mengumumkan pelancaran penerbangan terus pertama AirAsia dari Ningbo, China ke Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, Sabah.

Jelasnya, penerbangan tersebut akan beroperasi tiga kali seminggu menggunakan pesawat Airbus A320, masing-masing dengan kapasiti 180 tempat duduk.

“Kedua-dua laluan ini dijangka terus membantu dalam menarik pelancong dari wilayah Zhejiang dan wilayah lain di China ke Malaysia, ini akan menambah daya tahan dan saing kepada sektor pelancongan negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN