Kenapa tidak pecat MB Kedah- King Sing

Kenapa tidak pecat MB Kedah- King Sing

TIONG KING SING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang menurutnya tidak konsisten dalam mengkritik penganjuran acara pelancongan di negeri-negeri tertentu.

Katanya, isu penganjuran acara seperti pesta air sering dijadikan bahan politik walaupun perkara sama turut berlaku di negeri lain.

“Kita bukan tidak menghormati mana-mana agama. Kita hormat semua, mana yang boleh datang, datanglah, mana yang tak boleh jangan datang. Mana agama yang tidak beri kelulusan atau bagi peluang kita datang, jangan datang.

“Saya pelik kenapa negeri Kedah boleh buat Pesta Songkran 18 April lalu. Buat besar-besaran juga. Pakai bomba punya hos siram air juga.

“Janganlah cerita sama saya orang tidak basah. Saya tak tahulah wanita ada ke tiada. Sekarang Langkawi pun mula. Langkawi pun Kerajaan negeri Kedah bagi tahu buat di Langkawi,” katanya selepas merasmikan Festival muzik berkonsepkan air, Rain Rave Water Music Festival 2026 di Bukit Bintang hari ini.

Terdahulu, beberapa Ahli Parlimen serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan menggesa supaya penganjuran Rain Rave Water dibatalkan.

Penganjuran program itu turut menerima perhatian daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang berpandangan ia wajar dibatalkan kerana dikhuatiri boleh membawa kepada kemudaratan akhlak serta menjejaskan nilai-nilai masyarakat.

King sing berkata, semua perlu menumpukan kepada kerja dan tanggungjawab masing-masing terlebih dahulu, bukan saling menyalahkan

“Saya ingin bertanya, mengapa apabila perkara ini berlaku di Kedah, tiada pula bantahan? Bukankah kerajaan negeri Kedah diterajui PAS? Kenapa tidak ada desakan supaya Menteri Besar meletakkan jawatan? Mengapa isu ini perlu dipolitikkan?

“Kita sepatutnya menumpukan kepada kerja dan tanggungjawab masing-masing terlebih dahulu, bukan saling menyalahkan. Ketika ini, saya sendiri berusaha membantu mempromosikan sektor pelancongan di Langkawi bagi merancakkan ekonomi tempatan.

“Inilah yang saya harapkan semua pihak dapat bekerjasama dan bekerja keras, khususnya dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN