TAWAU: Seorang wanita mengalami kecederaan akibat melecur dalam kebakaran yang memusnahkan lapan buah rumah di perkampungan setinggan di Jalan Apas Batu 4, Kampung Hidayat, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, wanita berusia 31 tahun itu melecur di bahagian kaki kiri dan muka. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Mohamad Nor Amit berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kebakaran itu pada pukul 1.50 pagi…