Tipu yuran guaman, bapa Baby Syifa direman tiga hari

Tipu yuran guaman, bapa Baby Syifa direman tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bapa kepada Baby Syifa yang ditahan polis semalam akan direman tiga hari bagi membantu siasatan berkaitan kes penipuan dalam urusan yuran guaman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata,  lelaki berkenaan akan direman bermula hari ini sehingga 12 Julai ini.

“Kita reman bagi siasatan lanjut,” kata beliau ketika dihubungi.

Terdahulu, bapa kepada selebriti itu  ditahan pukul 2.45 petang di Kuala Lumpur oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

Penahanan individu itu untuk disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, lelaki terbabit yang juga aktivis memperjuangkan kes-kes penganiayaan didakwa menyeleweng wang sumbangan orang ramai yang disalurkan ke  akaun syarikat yang ditubuhnya, YY Community Center.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN