PETAH akan dibawa ke peringkat lebih tinggi - Fadhlina

PETAH akan dibawa ke peringkat lebih tinggi – Fadhlina

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) berhasrat membawa pertandingan PETAH ke peringkat lebih tinggi bagi terus mencungkil lebih ramai bakat murid khususnya dalam penguasaan bahasa, kemahiran komunikasi dan pengucapan awam.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, PETAH tidak seharusnya terhenti sebagai pertandingan semata-mata sebaliknya menjadi platform mengembangkan potensi murid agar mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

Beliau berkata, pertandingan PETAH juga akan dibawa ke peringkat lebih tinggi tahun depan menerusi peningkatan hadiah kemenangan kepada RM30,000 bagi setiap acara debat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia bertujuan memastikan PETAH terus berkembang sebagai pertandingan berprestij yang memartabatkan penguasaan kedua-dua bahasa berkenaan dalam kalangan murid.

“Penganjuran PETAH tahun ini menunjukkan perkembangan positif dari segi mutu penggunaan bahasa, selain menyerlahkan bakat luar biasa murid menerusi pertandingan debat akhir Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian PETAH KPM 2026 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Katanya, pencapaian peserta bukan sahaja mencerminkan keupayaan akademik, malah perkembangan holistik murid yang membanggakan.

Fadhlina berkata, PETAH juga perlu terus menampilkan semangat Malaysia MADANI dengan memastikan setiap pasukan diwakili murid daripada pelbagai kaum bagi menyerlahkan perpaduan dalam kalangan generasi muda.

“Jadi untuk memastikan bahawa acara ini terus menjadi acara yang berprestij dan juga menampilkan sisi pertandingan yang menjulang sisi MADANI itu.

“Sebab itu dalam setiap pasukan itu harus diwakili oleh pelbagai kaum, bangsa, bagi menonjolkan sisi MADANI, perpaduan anak-anak kita,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini