Pelajar, murid terjejas banjir kilat tetap laksana PdPR - Utusan Malaysia

Pelajar, murid terjejas banjir kilat tetap laksana PdPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Banjir kilat yang melanda kawasan Kampung Pasir, Tampoi di sini menyebabkan segelintir murid dan pelajar terjejas terpaksa mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam keadaan kediaman dinaiki air.

Penduduk, Zainudin Rhamat, 45, berkata, paras air mula meningkat sekitar tengah hari semalam, sebelum kembali naik pada pukul 1 pagi hari ini dan sekali lagi pada tengah hari ini.

Menurutnya, kejadian banjir dipercayai berpunca daripada pintu air yang pecah, menyebabkan penduduk terpaksa bertindak pantas menyelamatkan barangan masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alhamdulillah, saya sempat menyelamatkan barangan elektrik di rumah sebelum air naik lebih tinggi. Saya juga terpaksa mengambil cuti bagi menguruskan keadaan rumah yang dilanda banjir,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Tambahnya, banjir kilat itu turut memberi kesan kepada proses PdPR anaknya, Ainul Mardiah Zainudin, 16, dan juga anak saudaranya, Mohd. Akib Shah Izuwanshah, 11.

“Walaupun kediaman dinaik air, proses pembelajaran tidak boleh terhenti. Tetapi pada masa sama penduduk bimbang keadaan banjir akan bertambah buruk malam ini berikutan paras air yang dijangka terus meningkat.

“Sehubungan itu, penduduk berharap keadaan di kampung itu segera pulih bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini