Polis tahan bapa Baby Syifa tipu yuran guaman

Polis tahan bapa Baby Syifa tipu yuran guaman

RAMLI MOHAMED YOOSUF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis menahan bapa kepada Baby Syifaa petang semalam berkaitan kes penipuan dalam urusan yuran guaman.

Lelaki terbabit ditahan pukul 2.45 petang di Kuala Lumpur oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, ketika dihubungi mengesahkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, lelaki terbabit yang juga aktivis memperjuangkan kes-kes penganiayaan didakwa menyeleweng wang sumbangan orang ramai yang disalurkan kepada akaun syarikat yang ditubuhnya, YY Community Center.

Malah bekas peguam pemerhati keluarga Baby Syifaa, Hafiz Norkhan juga menafikan wang itu digunakan memulakan kerja bagi mewakili kes.

Menurut Hafiz, beliau tidak mengetahui namanya digunakan dan hanya maklum mengenainya selepas diberitahu oleh mangsa dan pengadu lain sebelum membuat laporan polis berkenaan isu itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN