Remaja perempuan warga Pakistan maut terjatuh dari tingkat 20

Remaja perempuan warga Pakistan maut terjatuh dari tingkat 20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis mengesahkan seorang remaja perempuan warga Pakistan maut selepas terjatuh dari tingkat 20 di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Sentul, di sini, semalam. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.35 petang itu, satu laporan diterima maklumat berhubung kejadian.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, ketika kejadian, remaja terbabit dikatakan berada di rumahnya bersama ibu serta adiknya. 

“Difahamkan adik remaja berkenaan ada melihat kakaknya itu berada di balkoni sebelum mendengar jeritan orang awam,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Ahmad Sukarno berkata, remaja terbabit masih bersekolah dan tinggal bersama keluarganya di rumah terbabit. 

“Semakan dilakukan juga mendapati remaja berkenaan mempunyai pasport. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR),” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN